Search


Bukan senang untuk sampai ke tahap ini
...

  • Share this:


Bukan senang untuk sampai ke tahap ini
#DLCW #goodjob

DARI KESAKITAN, KERINGAT DAN AIRMATA...

Untuk Datuk Lee Chong Wei sampai ke peringkat ini bukan mudah. Tergolek, terjatuh, tersembam, tertiarap atas gelanggang adalah 'makanannya'. Masuk keluar hospital dah macam 'percutiannya', dihina bila kalah dah jadi 'rutinnya'...malah sampai satu peringkat kena keji, kena kutuk bila gagal ujian doping hingga dikecam bagaikan dirinya tiada lagi maruah.

Sebab itu walau belum menggenggam emas, Chong Wei sebenarnya telah pun mendapat 'emas' untuk dirinya sendiri. Keazaman, semangatnya memang luar biasa...terlalu luar biasa. Walaupun sering kalah dengan Lin Dan, dia sanggup bertahun-tahun berusaha sehingga malam tadi akhirnya Lin Dan terpaksa akur...bukan saja terpaksa akur dengan taktikal permainan Chong Wei, tetapi terpaksa akur dengan kesungguhan sahabat baiknya itu.

Dan jangan terkejut seandainya Chong Wei kalah dalam final nanti, semua kehebatannya malam tadi akan terkubur dan tidak akan dikenang lagi.

Tetapi Chong Wei tetap Chong Wei, kalau dia mahu tunduk pada kebencian dan sikap hipokrit manusia, dia dah lama 'mati' di negara tercinta ini.

Salute untuk Chong Wei, emas yang diburunya itu sebenarnya jauh lebih kecil nilainya berbanding pengorbanannya selama ini.

Ini realiti!

#LCW #leechongwei #dlcw


Tags:

About author
Page Ini Adalah Untuk Peminat Artis - Artis Malaysia Termasuk Peminat Syamsul Yusof. Di Kendalikan Sepenuhnya Oleh Admin.
View all posts